09:45
|
By faRk
Setelah bekerja dengan rajin, cuti jarang2 amik, dan overtime sokmo, maka aku ada la belen cuti tahunan sebanyak 8 hari. Nak kena habiskan tu. Nanti nak berenti, rugi n membazir jela cuti tu.
Jumaat
Adik2 dan cik tunang datang kuantan. Lepak2 n shoping di Kuantan. Shoping sampai muntah. Tengok wayang sambil menyantau.
Sabtu
Mandi manda di wet world pedas bersama keluarga cik tunang. Gile hampir terbunuh kat lungsur air tu. Sumpah tamau pegi dah. Mandi sampai wangi n mandi air panas.
Ahad
Shoping baju nikah di Jakel segamat (yg ditukar kaler oleh cik tunang. kaler asal silver, tukar ke krim ala2 gold). Tempah baju nikah di keratong 4. Pelamin dan meja sume bagai setel.
Isnin
Masuk kerja lambat sambil isi borang cuti untuk weekend depan lak. Plan nye, bonda mau ke Nilai cari barang2 untuk kenduri. Ikut jela. So, khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad ni cuti lagi la... Ada lagi belen 3 hari. Sape nk? RM200 je sehari.
09:11
|
By faRk
Pagi tadi aku lambat gi keja lagi. Tekan 140km/h rasa macam tak gerak-gerak je keta. Meneran semacam je bunyi enjin keta aku tuh.
Tengah syok tekan 140kg/h, tiba2 ada plak mitsubishi lancer 2.0 gile bawak 60km/h kat lane kanan. Perghh... gile angin aku. Nak memotong kiri, ngeri sebab banyak muto.
Aku bagi high beam. Dia wat donno.
Aku cucuk angin rapat2. Brader kancil, uncle lori sawit dan akak kapcai da kagum tengok aku cucuk lancer. Aku dengan kembang kempis tanya dorang, "Nak otograf?".
Tapi lancer ini begitu degil. Last2 tengok line clear, aku potong kiri jugak dan pancung lancer itu tanpa memikirkan tarikh kahwin ku yang makin dekat dan terus memecut 140km/h.
Sampai opis pukul 8.30 pagi, bos pon tak masuk lagi. Cantit!!!!
PS1: korang tau membeza antara benar dan tipuan kan? yg highlight merah tu tipu, yg lain sume betul..
PSP: rasa macam blog brader JPJ plak byk post berkaitan kereta. Nk setel kompaun JPJ jgn cari aku yek.
12:01
|
By faRk
Kawan aku bernama hanif nak belasah Salleh. Dia nak belasah salleh sebab tak puas ati. Kami set tempat kat pokok kemunting dekat kubur.
Hanif bertumbuk ngn salleh. Crowd bersorak2 lagak seperti melihat ayam bersabung. Tapi aku syak salleh ada silat dan ilmu kebal.
Hanif da tak leh blah. Dia bagi isyarat tangan suh masuk tolong dia, ala-ala cuit tangan nak ganti orang dalam wrestling. Tapi kami sume kawan-kawan sehidup semati tak layan.
Kami sume blah. Malas layan budak-budak bertumbuk.
"Gile gagah salleh. Mampus la nak tolong hanif."
"Kalo hanif tak ngaku kawan sebab tak tolong dia cmne?"
"Ah, dia yang sibuk nak bertumbuk, asal nak libatkan kita"
"Eh, seluar ko basah apsal?"
16:04
|
By faRk
Aku menci kelinik itu. Suatu malam masa dulu, saya demam. Sebab lone ranger, kena la drive gi klinik sorang2.
Doktor: Ape masalah dik?
Fark: Entah. Demam kot?
Doktor: Nganga dik nak sumbat
kalkulator termometer ni. Demam ni dik. Ni transkrip
exam ubat, amik kat luar.
Fark: Tu je?
Doktor: Tu je la.
Fark: MC?
Doktor: Awak balik makan ubat tu, pagi esok da boleh pegi keja.
Damn! Lupa plak. Kalo klinik panel memang jgn harap nak dapat MC.
Tapi aritu kawan aku pompuan gi, bleh je dapat MC. Siap dia offer lagi. Cis.... dasar
jantan doktor tak guna.
15:53
|
By faRk
Cerita 1
Dulu masa sekolah rendah aku pengawas. So ramai la tak puas ati. Ade mamat ni, nama nya insyaAllah aku ingat sampai mati JUNAIBIB. Sumpah ngeri nama dia.
Dia tak puas ati sebab aku tulis nama dia dalam rekod sebab panjat pagar sekolah. Lagi tak puas ati bila cikgu desiplin cubit perot dia.
Untuk puaskan ati dia, dia celen aku gocos. Aku pon tanak la kalah, sahut cabaran tu. Maka bookie2 mengutip duit pertaruhan dari semua budak2 darjah 4 time tu.
Kami bertumbuk betul2 kat tangki air berkarat SKAT sekarang. Kat bawah pokok tu. Pastu sepupu aku yang juga pengawas sekarang blaja kat UITM datang leraikan. NAsib baik dia datang leraikan kalo tak, teruk JUNAIBIB
aku kerjakan aku.
Junaibib hidup lagi sekarang even tengkorak dia da retak sebab aku balun aritu. Selalu nampak dia keja pomen muto kat kampung sebelah.
Haha...aku? aku seperti biasa la.
Ini cerita betul weh. Yang korang sengeh2 tak pecaya kenapa?